Sunday, December 12, 2010

Hanya Kamu...Bab 1

Hospital Besar Seberang Jaya gempar dengan kehadiran seorang mangsa kemalangan yang melibatkan seorang pelajar sekolah. Pelajar tersebut terpaksa dikejarkan dihospital besar kerana keadaannya yang terlalu kritikal. Seorang gadis  menangis teresak-esak disebelah pelajar yang kemalangan itu ketika dibawa ke hospital besar. Bajunya turut terkena  percikan darah mangsa. Sudah hampir 3 hari mereka berada disitu menjalani rawatan.

“Nampaknya kawan kamu itu sudah semakin pulih dan kini berada di wad rawatan pesakit luar” kata doktor itu kepadanya.

Wajah gadis itu kembali berseri, seperti sinarnya cahaya bulan dimalam hari. Lea, gadis berkulit sawa matang, yang kelihatan lembut dari luarannya namun penuh emosi didalamnya, begitu gembira dengan berita yang disampaikan oleh Doktor pakar. 

Alhamdulillah,kau dah selamat Ad”, bisik hati Lea

Lea turut dimasukkan ke wad biasa itu kerana membantu mendermakan darahnya kepada pelajar itu kerana hospital itu kekurangan darah jenis yang sama. Lea yang masih lemah itu kembali menyandarkan diri di sudut katilnya. Kenangan lalu muncul kembali satu persatu dalam ingatan gadis berlesung pipit itu. Dari pertama kali mereka bermusuhan sehingga lah kemalangan itu berlaku.

**********************

Alah kau ni, cepatla sikit. Kita dah lambat pegi sekolah ni. Takpelah, kita jumpa kat perhimpunan nanti kay. Kau kayuh la basikal tu lambat–lambat ,nanti leh jumpa mat ensem kau tu..", jerit Husni sambil mempercepatkan kayuhannya.

Wei,tunggu la aku,sampai ati kau!”Lea mencepatkan kayuhan untuk mengejar Husni.


Semasa mengayuh basikal tiba –tiba beg duit Lea terjatuh. Dia terpaksa berpatah balik untuk mengutip beg duitnya itu. Sesampainya dipintu pagar sekolah, loceng pertama sudah berbunyi..

"Argh, kena denda lah aku hari ni" ,degus Lea sambil memperlahankan basikalnya. 

Setiap hari isnin, pelajar yang lewat ke sekolah bukan sahaja diambil nama, malah turut diminta berdiri di hadapan perhimpunan sebelum dikenakan denda yang setimpal.

Lea kemudiannya turun dari basikal setelah tiba di depan pintu pagar sekolah. Setiap pelajar diarahkan untuk memapah basikal masuk ke dalam kawasan sekolah bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini belaku. 

*********************

Kelihatan seorang pegawas yang begitu segak dengan pakaian seragamnya. Kali ini giliran Adwa bertugas menjaga pintu pagar sekolah. Dia memanggil pelajar yang datang lewat pagi itu untuk di catatkan nama pada buku laporan.



“Sila beratur depan perhimpunan”, kata seorang pengawas yang bertugas mengawal pintu hadapan sekolah. 

Erm awak, saya lewat lima minit je.Bagila peluang.Beg duit saya terjatuh la tadi”pujuk Lea.

“Sory, kita kena pentingkan masa cik adik.Sila berikan nama dan kelas”, balas pengawas itu sambil membuka sebuah buku untuk mencatat nama pelajar yang lewat.

Ala boleh la,kali ni je',pujuk Lea lagi.

Maaf,kan saya dah kata tak boleh. Awak nak saya laporkan pada PKHEM ke”,kata pengawas yang merupakan ketua pelajar dan pelajar kesayangan guru displin sekolah itu.

Dengan muka masam, Lea patuh pada arahan Adwa supaya berdiri dihadapan perhimpunan. Semua pelajar memandang Lea dengan muka tersengih-sengih. Lea sempat melayangkan penumbuknya pada Husni kerana meninggalkannya tadi.

Perhimpunan kali ini dan sebelumnya seperti biasa berlaku. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Negeri dan lagu sekolah sambil bendera masing2 dinaikkan. Adwa ditugaskan untuk menaikkan bendera Malaysia bersebelahan dengan tempat Lea berdiri. Selesai saja menaikkan bendera, Adwa kembali kebelakang semula. Sempat juga dia mengenyitkan mata pada Lea sambil ketawa yang dibuat2 tanpa bunyi.  Perhimpunan bersurai setelah selesai ucapan dan teguran oleh Puan Maimun, guru besar sekolah itu. Hati Lea bagai hendak jatuh melihat En Khalid menuju ke arah mereka yang lewat ke sekolah. En. Khalid adalah guru displin yang begitu tegas dengan muridnya. Namun kadang2 beliau juga boleh membuatkan muridnya ketawa. Lea dan beberapa pelajar yang lain di denda mengutip sampah di kawasan padang sekolah. Lea berasa lega kerana tidak didenda mencuci tandas seperti dikenakan pada pelajar yang lewat minggu lepas.

Ketika menjalankan denda yang dikenakan Lea menjeling kearah pengawas tadi. 

Jaga kau Ad,mentang-mentangla kau ketua pengawas.Ada ubi ada batas,ada hari conform aku balas”desus hati Lea.
Lea kembali ke kelas untuk memulakan sesi pembelajaran setelah selesai melangsaikan dendanya. Lea dan Adwa merupakan rakan sekelas dimana Lea telah dilantik menjadi ketua kelas sepanjang tahun itu. 
Sejak hari Lea didenda, bermulalah sesi perang dingin antara mereka berdua.

Baiklah pelajar sekalian, untuk projek final sejarah ni, cikgu akan membahagikan kamu semua kepada 4 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan mesti menyiapkan assignment yang akan cikgu berikan nanti", kata Cikgu Teoh. 

Beliau merupakan guru kelas 5 Anggerik merangkap guru subjek sejarah kelas itu. Beliau mula memanggil nama-nama pelajar mengikut abjad untuk membentuk kumpulan. 

"Argh, kenapa mesti ikut abjad. Menyampahnya aku", degus Lea seorang diri sambil memandang Adwa.

~ bersambung~~.
***********************






No comments:

Post a Comment