Saturday, January 22, 2011

Rindu ini

~''<@>~~~~~~~~~~~~~<@>''~

Salahkah jika bibir ini menyebut namamu,
Salahkah jika hati ini merindukanmu,

Mata ini ingin benar melihatmu,
tangan ini ingin benar menyentuhmu...

Salahkan aku jika aku menjauhimu,
Lupakan aku andai cinta ini tiada untukmu,

Dan...Pergilah jika cintamu bukan untukku,
Namun... Kembalilah, andai takdir memihak padaku..

Tuesday, January 11, 2011

Hanya Kamu...Bab 4

Tibalah hari yang dinantikan. Tarikh penting buat semua para guru apabila tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dihargai, iaitu 16 MEI. Segala persiapan pentas dan hadiah-hadiah sudah siap diaturkan oleh pelajar-pelajar kelas 5 Anggerik.

"Lea, cepatnya kau sampai hari ni", Husni dan Ina baru memasuki dewan menegur Lea yang telah lama tiba. 
"Aku takut lah. Mana tau tetiba aku lupa apa aku nak cakap.Malu siott.", Lea membetulkan tudungnya sambil menghafal beberapa dialog untuk majlis tengahari itu.
*****************
Adwa menyimpan gitar miliknya didalam bekas sebelum berangkat ke sekolah. Hari ini hari yang dinanti, dia akan menyampaikan beberapa buah lagu bersama Ikhwan dan Andy. Selain bijak dalam pelajaran, Adwa begitu meminati muzik terutama mengalunkan irama dengan gitar kesayangannya.

"Semua dah siap  ke Alang, cepat sikit nanti lambat ke sekolah ', Puan Maliah ibu kepada Adwa memanggil Adwa dari dapur sambil menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga. Walaupun Adwa dari keluarga yang agak senang, namun dia kurang mendapat kasih sayang dari ayah dan ibunya. Namun selepas kematian ayahnya, ibu Adwa kini lebih meluangkan masa dengannya.

"Sudah ibu, Kejap lagi Alang turun", Adwa bergegas ke meja makan. Sesudah sarapan, Adwa mencium tangan dan pipi ibunya sebelum menunggang basikal kesekolah.


************************
Baiklah, sekarang kita persilakan Klasik Band untuk mendendangkan beberapa buah lagu khas untuk para guru kita", Amir memberi isyarat kepada Adwa supaya memasuki dewan.


Lea yang berada di bawah pentas memberi laluan kepada band itu. Tanpa di sangka Adwa tergelincir dari tangga kerana terlanggar tali mikrofon yang dipegang oleh Lea. Suasana berubah menjadi bingit oleh gelak ketawa penonton. Dengan pantas Adwa memandang Lea yang berdiri disebelahnya, senyuman yang terukir di bibir Lea membuakkan rasa geram dihati Adwa.


" Bukannye nak tolong, sengih2 pulak.Kau lah yang buat aku jatuh. Nak balas dendam ke budak ni.Siap kau nanti!" Adwa mendegus sambil membetulkan gitarnya.


Lea berasa puas melihat keadaan Adwa tadi. Bukan kerana ingin membalas dendam tetapi kejadian itu umpama satu kemenangan buat dirinya. Walaupun begitu, terbit juga rasa bimbang dihatinya.


Keadaan menjadi tenang setelah Adwa memulakan irama gitarnya. Suaranya begitu mengalunkan sehinggakan semuanya terpaku. Lagu terakhir prettiest friends  oleh Jason Marz yang dinyanyikan Adwa ditujukan khas untuk gadis yang telah mencuri hatinya. 


Lagu ini untuk mu gadisku, Kau yang telah hati ku pilih...untuk menyimpan hati ini...Andai kau mengerti, maafkan aku kerana kelakuanku...Sejujurnya menyakitimu turut menyakitiku... Hanya untuk menyedarkanmu tentang kehadiran aku disini...Sudikah kau jadi milikku selamanya


Selesai menyanyikan lagu itu, Adwa dan kawan-kawannya turun dari pentas. Lea dan Amir meneruskan acara pagi itu sehingga lah majlis itu tamat. Semua pelajar dibenarkan pulang awal. Dari satu sudut dewan, Husni memberikan sebuah kertas bertulisan kepada Lea. Hatinya kini mula bimbang apabila menerima nota ringkas dari Adwa yang ingin bertemunya di taman mini berhampiran kelasnya.


"Haishh, budak ni nak marah aku ker.Alah, bukan sakit pun jatuh tadi. Lagipun bukan salah aku, dia yang rabun pagi. Kalau tak jumpa mesti dia ingat aku takut jumpa dia. Tunggu lah situ, aku datang", Lea bermonolog sendirian lalu meninggalkan Husni yang terpinga-pinga sejak tadi.

 *********************


Bersambung~







Tuesday, December 21, 2010

Aku Keliru...

Kadang2 aku jeles sangat2..
bila kau dekat dgn org lain...
tp aku tau kau bukan kekasihku...
aku tak da hak nak jeles kan..huhuhu..

Kadang2 aku geram sangat2.. 
bila kau wat tak perasan aku ada..
tp aku tau kau anggap aku kawan..
aku je terasa lebih kan..huhuhu..

kadang2 aku merajuk sangat2..
bila kau jarang hubungi aku..
tp aku tau kau xkan pujuk aku..
aku terpaksa pujuk diri sendiri kan..huhuhu..

Kadang2 aku sedih sangat2..
bila kau jauh dari aku,
Aku keseorangan merindui kau..
tp aku tau kau x de perasaan kt aku..
aku terpaksa biarkan kau pergi..huhuhu..

Kadang2 aku pelik sangat2..
kau banyak lukakan hati aku..
tp aku masih sayang kat kau..
Aku tak tahu kenapa jadi begitu...

mungkin sebab...

Bila aku ada masalah..
kau tetiba muncul..
Hilang terus masalah aku..
dan...
Bila aku x tahu sesuatu tu..
kau yg pertama muncul dlm fikiran aku..
kau pasti akan berikan jawapan..

Kau sentiasa ada bila aku perlu..
tapi kau akan pergi bila sampai waktu..

Kau sebenarnya siapa dalam hati aku???..
dan aku pulak siapa dalam hati kau???..
Tak boleh kah kau dan aku bersatu???...
atau mungkin belum sampai waktu untuk kita berdua???...

Hanya Kamu...Bab 3

Sudah beberapa hari Lea dan Adwa tidak berborak sejak pulang dari Melaka. Masing- masing membuat hal sendiri. 

"Hari ni ada pelajar baru masuk kelas kita", Ina mula berceloteh. Entah dari mana dia dapat maklumat yang disampaikan tadi. Sememangnya Ina suka mungumpul bahan sensasi disekolah. Apa saja cerita akan diketahuinya. Kerana itu dia digelar Radio berjalan. Namun, Ina hanya akan bercakap tentang sesuatu setelah mendapat pengesahan dari pihak yang benar. Jadi cerita yang disampaikan sembilan puluh peratus benar.


"Sape?", Husni tak sabar menanti jawapan dari Ina.


"Hensem oo...Budak tu ada dekat bilik guru dengan Cikgu Teoh. Masa aku nak balik dari tandas tadi, aku terdengar apa yang dorang tengah borak dekat depan pintu bilik guru. 


Selepas loceng ketiga berbunyi para pelajar mula memenuhi kelas.  Mereka bertiga menghabiskan waktu rehat yang agak singkat itu di taman mini. Masing-masing membawa bekal dari rumah. Duit belanja yang diberi oleh ibubapa mereka disimpan untuk tujuan lain. Sememangnya pelajar baru itu bakal menjadi rakan sekelas mereka.

Semua pelajar senyap apabila Cikgu Teoh masuk dengan seorang pelajar yang tidak pernah dilihat di sekolah itu. Mungkin pelajar baru yang dikatakan Ina tadi.


" Baiklah pelajar, Ini pelajar baru kelas kamu. Amir, kamu duduk di kerusi kosong dibelakang pelajar perempuan tu yer. Mari kita mulakan kelas, Sila buka buku teks bab ketiga terakhir" Semua pelajar mula membuka buku teks masing-masing. 

Best la kau Lea, Amir duk belakang kau. Jealousnya aku”kata Ina sambil memcubit lengan Lea. Lea terjerit ketika dicubit lalu mereka ketawa bersama. 


"Hai, saya Amir. Selamat berkenalan" kata Amir kepada pelajar dihadapannya sambil mengenyitkan mata.


"Saya Lea", Lea membalas dengan senyuman.


"Saya Husni dan ni Ina" Husni menyampuk perbualan mereka sambil tersengih. 


Mereka berempat kini selalu bersama kerana Husni sering mengajak Amir setiap kali mereka keluar rehat atau pergi ke perpustakaan. Malah ketika hari minggu, Amir juga turut serta dalam kegiatan mereka. Malangnya, setiap kali keluar besama, Ina selalu mendiamkan diri. Tidak ada lagi celoteh tentang gosip-gosip baru. Peragai Ina dikesan oleh Lea, namun gadis itu tidak berpeluang untuk bertanya pada sahabatnya.


Ad juga tidak senang duduk melihat telatah mereka berempat terutamanya antara Lea dan Amir.
"Gatal jugak mamat ni. Tak boleh jadi ni" Adwa memandang gelagat Amir yang cuba mungurat gadis pujaannya.


Sejak kedatangan Amir, Ad semakin kerap menyakat Lea. Entah apa yang diharapkan dari perbuatannya itu. Malah Lea semakin geram dengan perangai jejaka itu. 


*******************
Sambutan hari guru semakin hampir, pelajar tahun akhir diberi kekuasaan untuk menyempurnakan majlis itu memandangkan mereka bakal meninggalkan sekolah tersebut. Kelas Lea diberikan tugasan di bahagian pentas. Lea dan Amir ditugaskan untuk menjadi pengacara bagi majlis itu nanti manakala Ina dan Husni menjadi juruatur hadiah pertandingan dan persembahan. Selaku Ketua pengawas, Adwa tidak diberi tugas kerana dia hanya duduk disamping guru besar sepanjang majlis berlangsung. Namun Adwa tidak pernah malas untuk membantu rakan sekelasnya. Kerajinan dan sikap tanggungjawabnya itu lah yang memikat hati semua guru di sekolah itu. Malah Adwa juga turut serta dalam persembahan majlis itu sebagai wakil kelasnya bersama beberapa rakannya yang lain.



~bersambung~


Monday, December 20, 2010

Listen To your Heart



Life became so empty without a love,
but...
Love can still go on even without a life,
because...
You have the heart...
To keep the love forever..

Never run away from your heart,
Because...
Everything about your feeling,
truly...
Come from deep inside your heart...

Sunday, December 19, 2010

Hadirlah sayang



Kehadiranmu bagiku hanya sementara,
Tetapi mampu melenyapkan keresahan jiwa,
Namun...Pemergianmu tanpa berita,
Meragut ketenangan yang masih ada...

Ke mana menghilangnya dirimu,
Di saat itu aku buntu,
Mungkin tiada cinta buatku,
Kerna itu kamu berlalu...

Derita ini amat perit untuk aku hadapi,
Megapa hadir jika pergi tidak kembali,
Merindu dirimu yang entah mana pergi,
Menambah pilu didalam hati...

Andai kamu tahu betapa kukuhnya tempatmu dihati
Adakah kamu akan kembali menemani,
Kamu hanya perlu hadir sekali,
Cukup untuk menghentikan tangisan ini...

Ketahuilah sayang,
Tanpamu aku lemah,
Tanpamu aku resah...

Hadirlah sayang,
Kembalikan lah kesempurnaan hidupku,
Jadikan aku penemanmu disetiap waktu,
Hanya yang halal untukmu,

Kerna aku ingin hanya kamu...itu saja...

Nukilan, CtNurFiza




Saturday, December 18, 2010

Hanya Kamu...Bab 2

Seperti selalunya, Lea, Husni, dan Ina akan menjadi satu kumpulan kerana nama ketiga-tiganya berdekatan. Disebabkan itu juga, mereka menjadi sahabat karib. Setiap masa mereka akan bersama sehinggakan mereka digelar tiga dara pigitan.  
Dan seperti dijangka juga Adwa juga sekumpulan dengan mereka. Bertambahlah sakit hati si Lea kerana bakal berjumpa dengan Adwa selalu.

" Kita akan buat perbincangan setiap sabtu petang. So, korang rasa kat mana tempat yang sesuai. Well, tak boleh lah nak buat kat tempat sunyi. Maklumlah ada kumbang sesat sorang kat sini", soal Lea dengan nada memerli Adwa yang berada dihadapannya.

Adwa memandang Lea sambil memberikan senyuman. Senyuman yang jarang ditunjukkan. Senyuman yang mampu mencairkan hati setiap gadis. Kelakuan Adwa itu mendiamkan Lea. Kini Lea memalingkan mukanya pada Ina yang berada disebelah Adwa.

" Ape kata kita buat dekat taman mini depan kelas kita ni. Lagipun tempat tu jarang orang buat study group", jawab Ina 

"Iyelah. Bagus jugak tu", balas Husni ringkas

"Aku tak kisah asal keje kita siap. Yang penting kerjasama antara kita mesti baik.Kalau tidak, keje projek ni takkan dapat markah yang memuaskan kita untuk final nanti. Jangan campur adukkan hal personal dengan keje projek.boleh tak korang?" kata Adwa mengeluarkan aura kepimpinannya setelah lama berdiam.

Ok!", Husni dan Ina menjawab serentak manakala Lea hanya mencebikkan muka.

"Jadi sekarang kita nak buat tajuk ape?", Lea mencelah.

"Kita buat tentang detik2 kemerdekaan negara dalam bentuk video montaj, amacam?. Ad kan pandai bab-bab amik video ni. Lea pulak pandai edit video. Kami berdua pandai tengok jer...hehehe...boleh lah tu kan.", cadang Husni

"Bagus jugak cadangan kau Husni, lain dari yang lain. Nanti kita bahagikan part masing2. Pastu kita cari maklumat, sabtu depan kita kumpul sama2. Then, baru kita rekod video tempat sejarah tu masa rombongan kelas nanti", balas Adwa.

Akhirnya semua bersetuju dengan cadangan Husni dan Adwa. Sebelum bersurai, masing2 diberikan tugas. Sejak hari itu bermulalah kerja berkumpulan diantara mereka berempat. 

****************************
"Cantiknya bangunan ni", semua pelajar terpegun melihat bangunan bersejarah dimana Tun Abdul Rahman melaungkan kata-kata azimat "Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!" .


Adwa memulakan tugasnya mengambil video tempat bersejarah yang menarik untuk dimasukkan dalam montaj kumpulan mereka, manakala Husni dan Ina sibuk mencatat maklumat yang disampaikan oleh guru mereka. Lea pulak ditugaskan membantu Adwa tetapi jarak mereka berdua jauh sebatu.

"Kau dendam lagi ke dengan aku?", tiba-tiba Adwa merapati Lea tanpa disedari.
"Apa kau peduli, buat je lah keje kau", balas Lea. Tanpa disedari Lea tersepak sebuah batu, hampir-hampir tersembam diatas rumput. Mujur Adwa sempat menarik lengan baju Lea.

"Jalan tu pandang lah atas bawah. Batu tu tak buat salah pun, nape lah kau langgar. Kesian kat batu tu", gurau Adwa. Lea berpaling dengan muka yang merah kerana menahan marah dan malu, dikepalnya penumbuk lalu di sasarkan ke arah Adwa. 

" Nah, sebijik", Lea menumbuk lengan kanan Adwa dengan sekuat hatinya. 

Akibatnya, perakam video yang dipegang Adwa terlepas dari tangannya. Dalam keadaan panik kedua-dua nya dengan cepat menyambut perakam video tersebut. Adwa sempat memegang kembali tali video dan tanpa disangka Lea juga memegang pada tempat yang sama. Akhirnya tangan mereka berpautan. Lea segera melarikan tangannya dan berlalu pergi mendapatkan Husni dan Ina.

*************************
Perasaan apakah yang muncul tadi. Lea kini termenung sendiri tanpa menghiraukan Husni yang sedang mengomel. Entah apa yang di katakan oleh Husni sambil diiringi gelak ketawa Ina dan rakan-rakan yang lain. 

Ada sepasang mata yang memandang Lea dari jauh. Adwa teringat kembali saat Lea mula-mula belajar di sekolah itu, pertama kali dia bertentang mata dengan gadis itu. Matanya yang seperti bersinar-sinar, mungkin kesan dari tangisan yang entah apa sebabnya. Dari saat itu jugalah hati lelaki nya ingin benar mendekati gadis kecil molek itu.

Tanpa disedari, mereka sudah tiba di sekolah. Lea sempat menghubungi ibunya ketika bas mereka tiba di Bagan Serai. Tak ingin untuk menunggu lama di sekolah itu kerana waktu sudah agak lewat.

*****************************
"Nah CD, nasib baik video yang aku ambik tu tak hilang", Adwa tiba-tiba muncul dihadapan Lea sambil menghulurkan CD yang mengandungi video semasa lawatan minggu lepas. Lea mengambil CD dari tangan Adwa tanpa memandang wajah jejaka itu dan menyambung pembacaannya yang tergendala td.Adwa kembali ke mejanya setelah Lea tidak melayannya.

"Kalau lah kau tahu, aku benar-benar sudah jatuh hati pada kau. Mungkinkah kita makin rapat atau mungkin kau akan menjauhi aku. Aku tak mampu memandang kau sebab hati aku akan berdegup kencang, aku jadi bisu. Takkan aku nak jatuhkan air muka aku kut.Kesian kau, mesti ingat aku tak suka dekat kat kan.Tapi ketahuilah, aku suka kau sejak pertama kali kita bertentangan mata dulu. Kenapa lah aku buat kau jadi musuh aku dulu. Aku jugak yang susah sekarang. Macam orang tua-tua cakap jangan benci orang, nanti makin sayang. Nasib kau lah Lea".

Lea mengomel sendirian sambil membaca novel kesukaannya "Kerana Kau Lelakiku". Adwa merenung Lea dari jauh, terasa hati dengan sikap Lea yang tidak mahu melayannya.


"Teruk sangat ke aku buli kau?!", kini Adwa mula rasa gelisah dengan sikap Lea. Dia begitu berharap Lea seperti dahulu yang selalu bertengkar dengannya.Walaupun mereka bertengkar, Adwa masih dapat mendengar suara dan telatah Lea yang mampu buatkan harinya ceria.


~bersambung~
*********************************